PENINSULAR BIKE TRIPS 2020 - TEAM REVIEW
PENINSULAR BIKE TRIPS 2020
SEMPENA
HARI MALAYSIA SERTA PENGHARGAAN KEPADA
PASUKAN HADAPAN (BOMBA)
Kembara ini di ilhamkan oleh ketua
kembara iaitu Tuan Izman Bin Adnan selepas selesai mengadakan trip Kembara Durian
2 hari 1 malam di Sahom Valley, Gopeng, Perak pada bulan Julai 2020
bersama-sama Geli Geli Ride Geng. Mengambil sempena Hari Malaysia yang akan
disambut pada 16 September 2020, projek kembara ini mengambil masa 1 bulan
untuk direalisasikan. Hasil perahan otak antara ketua kembara bersama-sama
ahli-ahli Geli Geli Ride Geng, akhirnya kertas kerja serta surat permohonan dan
sokongan dari Cyberjaya Recreation and Cycling Club (CRCC), JBPM serta pihak
penajaan telah Berjaya diperolehi pada 1 September 2020. Berbekalkan masa 9
hari, 10 orang ahli telah bersetuju untuk Bersama-sama ketua kembara
melaksanakan dan merealisasikan kembara ini. Mereka adalah :
TUJUAN
“Peninsular Bike Trips 2020” diadakan adalah bertujuan
untuk menghargai pasukan barisan Hadapan yang bertungkus lumus dalam usaha
membendung penularan pandemik covid 19 serta meraikan sambutan Hari Malaysia
pada 16 September setiap tahun. Pemilihan pasukan dari Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia ( BOMBA ) sebagai pasukan barisan hadapan yang diraikan
dalam kembara ini adalah kerana pasukan Bomba merupakan tulang belakang dalam proses
pencegahan covid 19 kerana terlibat penuh dalam sanitasi awam bagi semua premis
di dalam Malaysia. Disebabkan perkara ini, kembara telah mendapatkan penajaan
dari Ika Houseware Supermart berbentuk Pelitup Mulut untuk
diberikan kepada semua balai yang dilawati kerana pasukan Bomba amat memerlukan
pelitup mulut dalam setiap tugasan. Bagi meraikan sambutan Hari Malaysia, Prima
Avenue Cyberjaya telah menaja bendera Malaysia dan Bendera negeri
kepada setiap balai yang dilawati.
OBJEKTIF
1. Menghargai pasukan barisan
hadapan terutamanya pasukan Bomba
2. Membawa orang awam ( rider
kembara ) untuk lebih mengenali pegawai dan anggota bomba di setiap negeri
3. Meraikan sambutan Hari
Malaysia pada tahun 2020
4. Menjelajah serta melawati
setiap negeri yang mempunyai pelbagai budaya dan jenis makanan.
0 Comments:
Post a Comment