HARI KEDUA PENINSULAR BIKE TRIPS 2020
HARI KEDUA
(PASIR GUDANG, JOHOR - PEKAN, PAHANG - 323.8KM)
Hari Kedua Kembara kami adalah perjalanan daripada Pasir Gudang, Johor ke Pekan, Pahang. Kembara bermula di BBP Pasir Gudang, Johor dimana team kembara berkumpul seawal jam 7.00 pagi di perkarangan BBP Pasir Gudang. Ketibaan kami disambut oleh TPgB Ibrahim Omar bersama anggota balai. Kami dihidangkan sarapan pagi "Nasi Lemak Sambal Power" beserta kuih muih. Selepas sarapan, acara penyerahan plak penghargaan, bendera Malaysia, Bendera Negeri Johor serta penyerahan pelitup mulut sumbangan Ika Houseware Supermart.
Ketua kembara menyampaikan sumbangan pelitup mulut kepada TPgB Ibrahim Omar. |
Penyerahan Plak Penghargaan, Bendera Malaysia dan Bendera Negeri Johor. |
Selesai bersarapan dan acara penyerahan plak, bendera dan pelitup mulut, team kembara bersiap sedia untuk meneruskan perjalan ke destinasi seterusnya. Pelepasan kembara dari BBP Pasir Gudang disempurnakan oleh Ketua Balai
pada jam 8.00 pagi dan team kembara terus bergerak menuju ke Pekan, Pahang.
Team kembara singgah di Mersing Johor untuk berehat dan menjamu makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan. Kami menjamu makan tengah hari di Kedai Ucu Selera Kita di Mersing.
0 Comments:
Post a Comment