Peninsular Bike Trips 2020 merupakan satu kembara bermotor 150cc yang pertama kali diadakan dikalangan komuniti Cyberjaya. Tujuan kembara ini diadakan adalah bersempena Hari Malaysia 2020 yang akan disambut pada 16 September setiap tahun.

Peninsular Bike Trips 2020. Powered by Blogger.

HARI PERTAMA PENINSULAR BIKE TRIP 2020


 HARI PERTAMA

(CYBERJAYA - TELOK KEMANG - AYER KEROH - PASIR GUDANG - 408.2KM)

Alhamdulillah selesai hari pertama perjalanan kami. Peninsular Bike Trips 2020 telah di sempurnakan pelancarannya oleh YS Pengarah JBPM Negeri Selangor PKPjB Hj Norazam Khamis bersama-sama Presiden CRCC, Encik Ahmad Nizam Mohd Esman. Semasa majlis pelancaran, di adakan acara penyerahan plak penghargaan, bendera Malaysia, Bendera Negeri Selangor serta bekalan pelitup mulut yang di taja oleh Ika Houseware Supermart kepada Ketua Balai BBP Cyberjaya, YS Pengarah JBPM negeri Selangor serta Presiden CRCC.



Penyerahan Plak kepada YS Pengarah JBPM negeri Selangor
Penyerahan Plak, Bendera dan Pelitup Mulut kepada Ketua Balai BBP Cyberjaya
Penyerahan Plak kepada CRCC

Gambar berkumpulan sebelum perlepasan

Tepat jam 8.00 pagi, team kembara dilepaskan dari BBP Cyberjaya dan menuju ke lokasi pertama iaitu BBP Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Video Perlepasan di BBP Cyberjaya
Pemasangan Bendera pada motor oleh 
YS Pengarah JBPM Negeri Selangor PKPjB Hj Norazam Khamis

Kami tiba di BBP Teluk Kemang pada jam 10.00 pagi dan disambut oleh Ketua Balai iaitu PPgB Mohd Kamal Bin Mohd Timar bersama-sama anggota balai berkenaan. Kami dihidangkan dengan jamuan ringan sebelum acara penyerahan Plak Penghargaan, Bendera Malaysia, Bendera Negeri Sembilan serta sumbangan Pelitup Mulut.
Penyerahan Pelitup Mulut sumbangan daripada Ika Houseware Supermart.
Penyerahan Plak Penghargaan daripada team kembara
Gambar berkumpulan untuk kenangan bersama warga BBP Teluk Kemang, N.Sembilan

Seterusnya kami bergerak ke lokasi seterusnya iaitu BBP Ayer Keroh, Melaka. Dalam perjalanan ke Melaka, kami sempat singgah di Gerai Makan Seri Pantai Mak Jah di Pengkalan Balak.

  
 
Gambar-gambar semasa berada di Gerai Makan Seri Pantai Mak Jah di Pangkalan Balak.


Kami tiba di BBP Ayer Keroh, Melaka pada jam 1 tengah hari dan disambut oleh Ketua Zon Melaka Tengah iaitu PgKB I Mohd Khairul Nizam Mohamad Anuar Bersama-sama Ketua Balai BBP Ayer Keroh iaitu PKPgB Mohamad Hamdan Sudin. Kami dihidangkan makan tengah hari dengan menu Ayam Penyet sebelum acara penyerahan plak penghargaan, bendera Malaysia, Bendera Negeri serta pelitup mulut. Kami bersolat zohor sebelum memulakan perjalanan ke lokasi terakhir pada hari pertama iaitu Pasir Gudang, Johor pada jam 2.30 petang.

  
Penyerah Pelitup Mulut sumbangan Ika Houseware Supermart.
Penyerahan Plak penghargaan kepada BBP Ayer Keroh, Melaka.
 
 
Ketibaan Team Kembara di sambut dan di jamu dengan makan tengah "Ayam Penyet"
Team Kembara sedang Menandatangani buku pelawat
Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan ke Pasir Gudang.

Kami tiba di Pasir Gudang pada jam 8.00 malam dan terus daftar masuk ke hotel penginapan kami di Hotel Masai Utama yang lokasinya tidak jauh dari BBP Pasir Gudang. Cuaca pada hari pertama bermula dengan baik sebelum hujan renyai-renyai pada sebelah petang. Jarak Keseluruhan perjalanan hari pertama kami adalah 408.2KM. Ia merupakan jarak harian terpanjang untuk sepanjang pengembaraan kami ini.

Corat-coret Hari Pertama:

 
 
Gambar-gambar sebelum perlepasan
 
Team Kembara "take 5" di Pantai Telok Kemang
 
 
Bergambar kenangan di hadapan Restoran Kari Kambing 40 Hari.
 
 
Team kembara makan malam di Pasir Gudang.






THANK YOU







 




  





 

0 Comments:

Post a Comment