Peninsular Bike Trips 2020 merupakan satu kembara bermotor 150cc yang pertama kali diadakan dikalangan komuniti Cyberjaya. Tujuan kembara ini diadakan adalah bersempena Hari Malaysia 2020 yang akan disambut pada 16 September setiap tahun.

Peninsular Bike Trips 2020. Powered by Blogger.

HARI KETIGA PENINSULAR BIKE TRIPS 2020


 HARI KETIGA

(PEKAN, PAHANG - KUALA TERENGGANU, TERENGGANU - 281KM)


Alhamdulillah di hari ketiga ini semua team kembara berada dalam keadaan sihat dan bersemangat. Kembara hari ini adalah perjalanan daripada Pekan menuju ke Kuala Terengganu. Perjalanan hari ketiga bermula di Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, dimana team kembara disambut baik oleh Penyelia Balai iaitu PBKII Mohd Hazizi Shahi, PBKII Mohd Hairuddin Shahi dan PB Mohd Zulkanain Abdul Rapar bersama-sama anggota balai. Kami dihidangkan sarapan pagi sebelum acara penyerahan plak penghargaan, bendera Malaysia, bendera negeri dan pelitup mulut. Seterusnya di ikuti dengan menandatangani buku lawatan.
Sesi penyerahan Plak penghargaan, Bendera Malaysia dan Bendera Negeri Pahang.
Ketua Kembara menyampaikan sumbangan pelitup mulut.
 
Team Kembara sedang bersarapan di BBP Pekan, Pahang.
    
Team Kembara Menandatangani Buku Lawatan BBP Pekan.

Pelepasan kembara telah disempurnakan oleh Penyelia Balai BBP Pekan pada jam 8.00 pagi. Team kembara terus bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Kuala Terengganu. 

Perlepasan Kembara di BBP Pekan, Pahang.

Perjalanan pada hari ketiga ini sedikit santai, bergerak keluar dari BBP Pekan, kamis singgah sebentar di beberapa tempat di sekitar Pekan untuk mengambil gambar kenangan sebelum meneruskan perjalanan. Team kembara juga sempat singgah di Cherating untuk mendapatkan cenderamata kenang kenangan. Dari Cherating, team kembara membuat keputusan untuk berhenti di Kemaman untuk makan tengah hari. Sampai di Kemaman, kami berhenti untuk makan tengah hari di Warung Aziz Satar. 
   
Team kembara mengambabil gambar kenangan di sekitar Pekan.
 
 
Kami singgah di Cherating untuk membeli sedikit barang-barang untuk dibuat kenangan.
 
 
Team Kembara singgah di Warung Aziz Satar, Kemaman untuk makan tengah hari.

Selesai makan tengah hari, kami meneruskan perjalanan kami ke Kuala Terengganu. Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, kami berhenti sebentar di Rantau Abang untuk berehat. Selesai menikmati Air Kelapa di Rantau Abang, team kembara meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. 
  
Berehat sebentar di Rantau Abang sambil menikmati Air Kelapa.

Setiba kami di Marang, hujan mula turun dengan lebatnya beserta angin yang bertiup kuat. Kami membuat keputusan meneruskan sahaja perjalanan untuk sampai ke destinasi kami hari ini. Tiba di Kuala Terengganu, kami terus pergi ke tempat penginapan kami di Homestay Trisya yang terletak di Losong. Di homestay, kami semua berehat dan mandi serta membasuh pakaian yang telah basah. 
  
Team Kembara tiba di tempat penginapan, Homestay Trisya, Losong.

Selesai membasuh baju, mandi dan berehat sebentar, kami bersiap untuk keluar mencari makan malam kami yang berdekatan dengan tempat penginapan. Kami memilih untuk makan malam di Restoran Citi Seafood yang jaraknya tidak jauh dari homestay kami. secara keseluruhannya perjalan kami dari Pekan menuju Kuala Terengganu merangkumi jarak sejauh 281KM.
  
Makan Malam di Restoran Citi Seafood, Losong.

Lagi gambar-gambar kembara hari ketiga:
 
 
Persiapan sebelum memulakan perjalanan Pekan - Kuala Terengganu.
 
 
Sarapan Pagi di BBP Pekan.
 
 
Ketika team kembara berehat di Rantau Abang.
 
 
Menikmati makan malam di Restoran Citi Seafood, Losong.


THANK YOU
IKA HOUSEWARE
PRIMA AVENUE
AGS AUTOPARTS
SPORT'S CABIN
CYBERJAYA RECREATION AND CYCLING CLUB
JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA
GELI GELI RIDE GENG


0 Comments:

Post a Comment