HARI KE EMPAT PENINSULAR BIKE TRIPS 2020
HARI KE EMPAT
(KUALA TERENGGANU - PASIR MAS - GERIK - 388.2KM)
Hari ini pengembaraan kami akan meliputi 3 negeri,
bermula di Kuala Terengganu, kami akan singgah di BBP Pasir Mas, Kelantan dan
destinasi terakhir hari ini adalah di Gerik, Perak. Jam 7.00 pagi, semua team
kembara telah daftar keluar dari Homestay Trisya dan menuju ke Ibu Pejabat,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu untuk memulakan pengembaraan
hari ke empat ini. Kami disambut oleh YS Pengarah JBPM Negeri Terengganu, PPjB Md Hilman Abd Rashid bersama-sama
Timbalan Pengarah serta pegawai kanan yang lain. Rezeki kami pagi ini, kami
dijamu sarapan pagi yang terbaik iaitu nasi dagang dan keropok lekor yang
menjadi trademark Negeri
Terengganu. Sememangnya team kembara berhasrat nak singgah di Kedai Nasi Dagang
Atas Tol untuk mencari nasi dagang dan keropok lekor serta teh ais madu yang
popular di kedai tersebut. Nampaknya kami tidak perlu mencari kerana semuanya
telah terhidang di atas meja. Alhamdulillah.
Team Kembara menikmati sarapan pagi, Nasi Dagang. |
Acara seterusnya adalah penyerahan plak penghargaan, Bendera Malaysia dan Bendera Negeri Terenggaanu serta sumbangan pelitup mulut yang disampaikan oleh ketua kembara kepada YS Pengarah JBPM Negeri Terengganu. Team
kembara juga menerima plak daripada JBPM Negeri Terengganu yang disampaikan
sendiri oleh YS Pengarah. Selesai majlis penyerahan, team kembara bersiap sedia untuk perlepasan yang disempurnakan oleh YS
Pengarah bersama-sama pegawai kanan yang lain pada jam 8.30 pagi di hadapan Bangunan Ibupejabat JBPM Negeri Terengganu.
Ketua Kembara menyampaikan sumbangan pelitup mulut daripada Ika Houseware Supermart |
Ketua Kembara Menerima Plak daripada YS Pengarah JBPM Negeri Terengganu. |
Perlepasan Kembara di Ibupejabat JBPM Negeri Terengganu.
Bila sudah sampai di Kuala Terengganu, kalau tidak
singgah di Pasar Payang ada sesuatu yang tidak kena rasanya. Hasil pujukan dan
rayuan team kembara, ketua kembara kami bersetuju untuk kami singgah sebentar
di Pasar Payang untuk membeli buah tangan dan cenderamata kenangan. Tidak cukup
dengan di Pasar Payang, kami juga singgah sebentar di Jambatan Angkat
Terengganu yang menjadi mercu tanda yang baru bagi Negeri Terengganu untuk
mengambil gambar sebagai kenangan kami.
Team Kembara di Pasar Payang |
Bergambar Kenangan di Jambatan Angkat Terengganu. |
Selesai
bergambar di Jambatan Angkat Terengganu, kami meneruskan perjalan kami menuju
ke Pasir Mas, Kelantan. Kami memilih untuk mengikuti laluan persisir pantai
menuju ke Kelantan. Apabila team kembara melalui Pantai Penarik, kami membuat
keputusan untuk berhenti berehat sebentar di sini. Kami juga singgah berehat di
Kedai Makan Suhaimie Celup Tepung sambil menikmati makanan laut celup tepung.
Team Kembara berehat sebentar di Pantai Penarik. |
Selesai merehatkan diri di Pantai Penarik, Team
kembara meneruskan perjalanan menuju ke Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas,
Kelantan. Kami tiba di BBP Pasir Mas lebih kurang jam 12.45 tengah hari.
Rombongan kami di sambut oleh Ketua Balai PPgB Shapawi Stapa bersama-sama anggota balai yang lain.
Alhamdulillah kami dijamu dengan kuih muih sebelum acara penyerahan plak
penghargaan, bendera Malaysia dan bendera negeri serta penyampaian sumbangan
pelitup mulut diadakan.
Menyampaikan Sumbangan pelitup mulut kepada Ketua Balai BBP Pasir Mas. |
Penyerahan Plak Penghargaan, Bendera Malaysia dan Bendera Negeri Kelantan oleh Ketua Kembara. |
Team Kembara dijamu hidangan kuih muih. |
Team Kembara Menandatangani Buku Pelawat di BBP Pasir Mas, Kelantan. |
Selesai di BBP Pasir Mas, Team kembara meneruskan perjalanan menuju ke Gerik sekitar jam 2.00 petang. Sepertimana di Terengganu, bila sampai di Kelantan, kalau tidak singgah di Rantau Panjang memang tak sah. Sekali lagi kami memujuk ketua kembara untuk singgah di Rantau Panjang, cair juga akhirnya ketua kami dengan pujukan kami dengan membenarkan team member untuk membeli belah di Rantau Panjang selama 20minit. Selesai membeli belah, kami semua meneruskan perjalanan ke Gerik. Team kembara berhenti berehat sebentar di RnR Banjaran Titiwangsa pada jam 6.00 petang. Sambil-sambil berehat kami mengambil gambar kenangan di sini, dengan suasana yang dingin, permandangan yang cantik dan mengasyikkan.
Singgah di Rantau Panjang. |
Team Kembara berehat sebentar di RnR Banjaran Titiwangsa |
Team kembara meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Sekali lagi kami berhenti berehat di Perlabuhan Rumah Bot Tasik Banding (Royal Belum) sebelum meneruskan perjalanan ke Gerik. Perjalanan dari Tasik Banding ke Gerik memberi cabaran kepada kami semua, kami melalui pengalaman terserempak dengan sekawan gajah yang menyusuri bahu jalan.
Ketika Team Kembara singgah di Tasik Banding |
Kami tiba di Pekan Gerik pada jam 8.30 malam. Oleh kerana kami sampai lewat, kami membuat keputusan untuk terus makan malam di kawasan gerai makanan berhampiran Stesen Bas Gerik. Kebetulan pula kami terjumpa bengkel motor yang buka pada sebelah malam, ada di antara team kembara yang mengambil peluang untuk service motor mereka di Ah Kong Kwk Enterprise. Selesai semua urusan kami terus pergi ke homestay penginapan kami. Jarak keseluruhan kembara kami hari ini adalah sejauh 388.2KM.
Ketika Makan Malam berhampiran Stesen Bas Gerik. |
Di Bengkel Motor Ah Kong Kwk Enterprise, Gerik. |
Lagi gambar-gambar yang ada:
Di Tasik Banding. |
Team Kembara di RnR Bajaran Titiwangsa. |
Santai-santai di BBP Pasir Mas. |
Team Kembara ketika melalui sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Bukit Yong. |
Ketika di Ibupejabat JBPM Negeri Terengganu. |
THANK YOU
IKA HOUSEWARE
PRIMA AVENUE
AGS AUTOPARTS
SPORT'S CABIN
CYBERJAYA RECREATION AND CYCLING CLUB
JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA
GELI GELI RIDE GENG
IKA HOUSEWARE
PRIMA AVENUE
AGS AUTOPARTS
SPORT'S CABIN
CYBERJAYA RECREATION AND CYCLING CLUB
JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA
GELI GELI RIDE GENG
0 Comments:
Post a Comment