Peninsular Bike Trips 2020 merupakan satu kembara bermotor 150cc yang pertama kali diadakan dikalangan komuniti Cyberjaya. Tujuan kembara ini diadakan adalah bersempena Hari Malaysia 2020 yang akan disambut pada 16 September setiap tahun.

Peninsular Bike Trips 2020. Powered by Blogger.

PIT STOP PENINSULAR BIKE TRIPS 2020


 

PIT STOP PENINSULAR BIKE TRIPS 2020


Sepanjang program PENINSULAR BIKE TRIPS 2020 ini, konvoi akan mengunjungi 14 buah Balai Bomba dan Penyelamat sepanjang laluan penjelajahan ini bagi melahirkan penghargaan kepada semua anggota bomba di Malaysia. Sepanjang 7 hari penjelajahan ini, peserta akan melalui perjalanan sejauh 2044 KM. Berikut adalah senarai Balai Bomba dan Penyelamat yang akan peserta program kunjungi:  

 

  1. Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Selangor
  2. Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Negeri Sembilan
  3. Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Melaka
  4. Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang,Johor
  5. Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Pahang
  6. Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Terengganu
  7. Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Kelantan
  8. Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Perak
  9. Balai Bomba dan Penyelamat Arau, Perlis
  10. Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Kedah
  11. Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pulau Pinang
  12. Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Selangor
  13. Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, W.P Kuala Lumpur
  14. Balai Bomba dan penyelamat W.P Putrajaya







RIDER ENTITLEMENT


 RIDER ENTITLEMENT


Setiap rider yang menyertai Peninsular Bike Trips 2020 akan menerima 2 helai tshirt program yang mana setiap rider akan mendapat sehelai baju berlengan panjang dan sehelai baju berlengan pendek. Para rider juga akan mendapat 2 jenis sticker khas program untuk motor dan topi keledar.



BAJU LENGAN PANJANG

BAJU LENGAN PENDEK

BAJU LENGAN PENDEK


STICKER MOTOR


STICKER TOPI KELEDAR


PENGENALAN


PENGENALAN PROGRAM


Peninsular Bike Trips 2020 merupakan satu kembara bermotor 150cc yang pertama kali diadakan dikalangan komuniti Cyberjaya. Tujuan kembara ini diadakan adalah bersempena Hari Malaysia 2020 yang akan disambut pada 16 September setiap tahun.

Kembara ini dianjurkan oleh Kelab Berbasikal dan Rekreasi Cyberjaya dengan kerjasama sebuah kelab motor 150cc iaitu “Geli Geli Geng Ride” yang akan mengelilingi Semenanjung Malaysia dalam masa 7 hari bermula pada 10 September 2020 dan akan tamat pada 16 September 2020.

Kembara ini juga akan mengadakan beberapa persinggahan ke Balai Bomba dan Penyelamat di setiap negeri bagi tujuan meraikan pasukan petugas barisan hadapan yang sentiasa bertungkus lumus dan berjuang mengawal pandemik Covid-19 yang kini semakin pulih.